Ahad

Jumaat

Isnin

MENGAPA PERLU BERDOA

Maksud firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 86:

Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Ku, sesungguhnya Aku dekat. Aku menyahut doa orang berdoa, tatkala dia berdoa kepada Ku, justeru sahutlah seruan Ku.

Maksud firman Allah dalam surah Ghafir ayat ke 60:

Berdoalah kepada Ku, nescaya Aku menerima doa kamu.

Doa merupakan pengharapan dan permohonan seseorang hamba kepada Allah s. w. t.Doa juga merupakan satu ibadah yang mampu merapatkan lagi hubungan manusia kepada Allah s. w. t . Hanya dengan berdoa kepada Allah sahaja yang dapat membantu manusia atau hambaNya memperoleh hidayah , petunjuk, ketenangan, taubat dan kerahmatan dari Allah s.w.t.